Assalamualaikum semua!
Apa khabar? Sihat?
Kuliah pada hari ini berkaitan dengan asas fotografi.
Tahukah anda, terdapat enam jenis asas fotografi iaitu:
1. Mugshot - mugshot kebiasaannya ditangkap di negara luar iaitu gambar diambil ketika memasuki ke dalam penjara. Gambar diambil seperti gambar passport namun mempunyai emosi yang berbeza. Kedudukan gambar adalah dari bahu dan ke atas dan gambar perlu diambil berdasarkan asas grafik keseimbangan. Kemudian, background atau latar belakang gambar mestilah kosong, jelas, dan berwarna putih. Gambar diambil dalam keadaan tegak dan tertumpu pada bahagian muka. Berikut merupakan contoh gambar Mug shot:
2. Long shot - gambar long shot diambil dari sudut yang jauh dan gambar tersebut akan kelihatan kecil. Kebiasaannya berupa permandangan, bangunan, dan reka bentuk yang menarik. Berikut merupakan contoh gambar Long shot:
3. Medium shot - gambar medium shot kebiasaannya diambil dari jarak yang dekat, tetapi dalam posisi yang penuh dan lengkap. Gambar ini selalunya berbentuk objek atau manusia. Berikut merupakan contoh gambar Medium shot:
4. Potrait - Kebiasaannya gambar potrait diambil di studio dan objek atau manusia sudah berada dalam keadaan bersedia atau dirancang. Kebanyakkan gambar potrait ini dilukis atau gambar yang diambil boleh dalam posisi yang separuh dan tidak semestinya penuh. Berikut merupakan contoh gambar potrait:
5. Bird eye view - gambar yang diambil dari sudut atas dan seolah-olah kita menjadi seekor burung yang melihat permandangan. secara keseluruhan. Berikut merupakan contoh gambar bird eye view:
6. Over the shoulder - gambar yang diambil kebiasaannya berada di posisi sebelah bahu dan ke atas iaitu merangkumi separuh kepala dan separuh sisi bahu manusia. Namun, gambar yang dapat dilihat di hadapan akan kelihatan secara keseluruhan. Berikut merupakan contoh gambar over the shoulder:
Asas fotografi ini kelihatan mudah, namun perlu berhati-hati supaya gambar yang diambil menepati spesifikasi yang diberikan.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Semoga berjumpa lagi.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment