Tuesday 25 September 2018

BBM3410/18: Pelajari Asas Grafik!

KULIAH KEDUA!

Bertarikh 19 September 2018 (Rabu).

Kuliah Multimedia dalam Bahasa kali ini mengenai Asas Grafik.

Terdapat sebanyak lima (5) jenis asas grafik iaitu:

1. Mudah - bentuk mudah merupakan gambaran yang kita dapat lihat dengan mudah difahami dan tenang. Selalunya berbentuk permandangan atau scenery.
2. Keseimbangan - bentuk keseimbangan dapat dilihat melalui kanan dan kiri, atas dan bawah gambar mempunyai jarak yang sama.
3. Kesesuaian - bentuk kesesuaian dilihat mengikut background atau latar belakang yang digunakan bersesuaian atau tidak dengan gambar yang diambil.
4. Warna - pemilihan warna merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan gambaran yang dapat menarik minat masyarakat.
5. Teks - bentuk teks merupakan grafik yang menggunakan perkataan yang dapat menarik minat pengguna yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Kata yang digunakan mestilah ringkas, dan mengikut tema yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, sekiranya penggunaan kata yang terlalu meleret dan banyak, ia akan menyebabkan sesuatu grafik itu kelihatan serabut dan berselerak dan ia akan mengganggu penglihatan orang yang melihatnya.

Seterusmya, Prof. memberikan arahan tugasan yang perlu dilakukan pada minggu ini iaitu:

1. Pilih gambar yang bersesuaian dan kenal pasti ciri-ciri asas grafik yang digunakan. Lihat ciri-ciri asas grafik yang mana lebih ketara.
2. Mengambil keratan gambar dan tampal di atas mounting board dalam keadaan yang centre.
3. Pastikan ada ruang atau jarak yang sama antara atas dan bawah, dan kiri dan kanan.
4. Pastikan gambar yang diambil tidak terlalu kecil.
5. Gunting huruf untuk ditampal mengikut no matrik yang awal dan akhir beserta nama timbangan ahli kumpulan dan nama kumpulan yang telah dibentuk.
6. Cara tampalan: Letak gam dan lapik dengan kertas yang lain untuk meratakan supaya tidak terkoyak atau terkena lebihan gam.
7. Kemudian, tebuk lubang menggunakan puncher dan ikat menggunakan reben.
8. Mengambil gambar bersama ahli kumpulan semasa dan selepas melaksanakan tugasan.
9. Menghantar tugasan untuk diberikan bintang tugasan tersebut.

Tambahan, di samping membuat pemilihan gambar yang diambil, pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kepada Prof. sama ada gambar yang diambil bersesuaian atau tidak dengan ciri-ciri asas grafik yang telah dipelajari.

Menyeronokkan kelas ini? ehehe.

Nama kumpulan kami adalah MAWAR. Berikut merupakan ahli kumpulan saya:




Semoga berjumpa lagi semua.

Terima kasih.


BBM3410/18: Seronoknya kuliah pertama!

KULIAH PERTAMA! (semester akhir)

Bertarikh 12 September 2018 (Rabu) merupakan kuliah pertama saya. Kursus pertama yang dihadiri adalah kursus BBM3410 iaitu Multimedia dalam Bahasa. Perasaan saya bercampur apabila masuk ke dalam kelas ini. Namun, perasaan dan teruja dan seronok lebih menonjol untuk merungkai apa yang akan dipelajari dalam kursus ini.

Kursus ini diajar oleh Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim. Beliau merupakan seorang yang sempoi, mudah bergaul dengan pelajar dan teknik mengajarnya amat menyeronokkan.

Prof. memulakan kuliahnya dengan memberitahu peraturan-peraturan yang telah ditetapkan olehnya sejak dulu lagi. Antara peraturannya adalah:

1. Jangan lewat masuk ke dalam kelas.
2. Pilih ahli berkumpulan yang hadir pada waktunya, kalau tidak pilih kawan yang lain. ahahaha.
3. Pakai kasut ke kelas, dan jangan sesekali memakai selipar atau flip flop. Namun, kelonggaran diberikan kepada perempuan untuk memakai sandel tetapi bertali belakang.
4. Jangan duduk di kerusi di bahagian belakang kelas kerana ia merupakan tempat duduk Prof. ketika sesi pembentangan dijalankan.

Kemudian. Prof. memberikan arahan tugasan yang perlu dibawa pada minggu hadapan iaitu pelajar perlu membawa:

1. Enam keping multing board - bewarna hitam, saiz A4.
2. Gunting.
3. UHU stik.
4. Pisau kecil.
5. Reben suku inci - panjang setengah meter (warna bebas)
6. Majalah terpakai yang glossy atau berkilat - lebih diambil kira bentuk permandangan atau hiasan dalaman).
7. Puncher.

Seterusnya, agihan ahli kumpulan dibentuk mengikut kebebasan pemilihan ahli. Seramai 10 orang dalam satu kumpulan perlu dibentuk.

Kuliah berjalan selama sejam pada hari ini. Selesai.


Sumber: Google

Jumpa lagi semua!

BBM3410/18: Kenali diriku,..

Nama diberi Siti Nuratikah Mohd Zain. Namun, nama timbangan boleh dipanggil mengikut keselesaan iaitu, Siti, Nur, Atikah, Ika, Tikah dan sebagainya. Kelonggaran diberikan untuk mewujudkan hubungan yang akrab dalam menjalinkan persahabatan.

Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya mengambil minor dalam Kursus Interpretasi dan Penterjemahan. Menarik bukan?

Ehehe..

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah hobi saya? ehehe... Saya suka mengumpul setem. Kini sudah mempunyai tiga buku setem yang berjaya dikumpul. Kenapa saya suka setem? Setem mempunyai gambar dan warna yang menarik yang membolehkan saya tertarik dengan keunikan bentuk grafik yang diambil. Nikmatilah keindahan yang diambil dan dibentukkan dalam bentuk setem untuk ditampal di tepi surat dan sebagainya. Oleh itu, saya gemar mengumpul setem.

Berikut merupakan proses ketika saya mengasingkan setem yang telah digunakan. Caranya ialah merendamkan setem tersebut dalam air yang bersih dan kemudiannya mengeringkan setelah ia terpisah daripada kertas yang digunakan. Setelah kering, saya menyusun setem tersebut ke dalam buku di biru itu. Ehehe.. Best kan?



Kalau siapa yang mempunyai setem yang telah digunakan dan tidak tahu ingin buat apa. Anda boleh mencuba seperti hobi saya atau.... memberikan pada saya untuk dijadikan koleksi. ahahaha.

Sekian sahaja buat entri kali ini.

Jumpa lagi semua!