Saturday 8 December 2018

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Semalam saya telah muat naik kenangan bersama Prof. di ruangan Facebook..

Semoga kenangan ini sentiasa tersemat dihati dengan mengingati telatah dan lawak Prof. yang sangat comel dan melucukan tu.. ehehehe.





Image may contain: 2 people, including Atikah Nazri, people smiling, people standing, shoes and close-up



Semoga kita berjumpa lagi Prof.

Terima kasih untuk segalanya.

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kelas multimedia dalam Bahasa bertarikh 26/11/18 (Isnin).

Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat "video tanpa wajah". Video tanpa wajah merupakan video yang dihasilkan tanpa merekod memek atau ekspresi muka. Hanya perlakuan dan pergerakan anggota badan yang lain selain muka sahaja dibenarkan.

Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan video tanpa wajah, seperti:

1. Memastikan gambaran wajah tidak direkod di dalam video.
2. Fokus kepada satu perlakuan, atau objek seperti tangan, kaki, bola, patung, duit dan sebagainya.
3. Lagu yang dipilih mestilah mempunyai makna dan mengikut kesesuaian berdasarkan video yang bakal dihasilkan.
4. Video yang dihasilkan mestilah mempunyai jalan cerita yang dapat memudahkan penonton memahami apa yang cuba disampaikan.

Selain itu, video ini perlu berdurasi lebih kurang 3-4 minit dan penghasilannya memerlukan penyuntingan.

Berikut merupakan video yang dihasilkan oleh saya bersama ahli kumpulan:



Kredit:
Lagu: Kuasa Juara [KRU]

Sekian sahaja buat entri pada kali ini.

Terima kasih.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah bertarikh 5/11/18 (Isnin).


Video One Shot.

Video One Shot merupakan video yang dihasilkan tanpa proses penyuntingan.


Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan dalam penghasilan Video One Shot ini, seperti:

1. Pelakon perlu menguruskan kamera dengan sendiri.
2. Pelakon perlu melakukan pergerakan dengan memandang ke arah kamera.
3. Pelakon dibenarkan untuk keluar dan masuk dalam video (mengikut kekreatifan ahli kumpulan).
4. Kedudukan kamera tidak berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
5. Pelakon perlu membuat memek mulut mengikut lagu yang ingin diasampaikan.
6. Semua ahli kumpulan perlu turut serta dalam video tersebut.
7. Kumpulan perlu memilih lagu Melayu yang berdurasi satu lagu penuh.


Berikut merupakan Video One Shot yang dihasilkan oleh kumpulan kami:


Kredit:
Lagu: Syinta Gila - Safiey Illias



Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 12/11/18 (Isnin).

Video One Shot Two Layer.

Video One Shot Two Layer merupakan video yang hampir sama seperti Video One Shot. Namun yang membezakannya adalah:

1. Penyanyi dalam video tersebut bukan seorang.
2. Penyanyi boleh terlibat dalam lakonan.
3. Layer kedua merupakan orang yang berlakon dalam video tersebut.
4. Pelakon perlu membekukan diri sekiranya penyanyi sedang nyanyikan lirik lagu.
5. Penyanyi perlu membekukan diri sekiranya pelakon sedang melakonkan watak.

Berikut merupakan Video One Shot Twio Layer yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:



Kredit:

Lagu: Terima kasih cikgu [Najwa Latif feat Upin Ipin]



Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/11/18 (Isnin).

Video One Shot Three Layer.

Video One Shot Three Layer merupakan video yang dihasilkan dengan mempunyai banyak pergerakan. Keadaan pokok bergoyang, aliran keluar masuk kenderaan, atau segala objek yang boleh bergerak di ambil kira sebagai layer.


Berikut merupakan Video One Shot Three Layer yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:


Kredit:

Lagu: Wajah [Jacklyn Victor]


Sekian sahaja buat entri pada kali ini.

Terima kasih.



BBM3410/18: Papan cerita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/11/18 (Isnin).

Kami diberikan pendedahan tentang cara untuk menghasilkan papan cerita atau dikenali sebagai e-majalah. E-majalah merupakan papan cerita yang dapat menghasilkan jalan cerita, bermula daripada muka hadapan hingga halaman terakhir. 

Sebagai contoh, papan cerita yang terdapat di tepi-tepi jalan sudah mempunyai banyak papan cerita sebelum dapat menghasilkan papan cerita yang dapat menarik minat dan perhatian pengguna jalan raya. 

Antara perkara yang perlu ditititkberatkan dalam menghasilkan papan cerita ini adalah:

1. Gambar yang diambil, dibuat atau direka perlu mempunyai kedudukan yang menarik. Gambar mestilah jelas, dan berwarna  ceria.
2. Saiz tulisan mestilah memadai supaya ia tidak kelihatan begitu besar atau begitu kecil. 
3. Tidak menggunakan perkataan yang berlebihan kerana ia akan membuatkan papan cerita menjadi serabut dan ia akan menyukarkan khalayak untuk membaca. Tambahan pula,sekiranya perkataan yang digunakan terlalu banyak, ia akan makan ruang untuk perkataan yang lain dan membuatkan papan ceita itu tidak menarik dan khalayak tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.


Berdasarkan perkara di atas, kami dikehendaki membuat papan cerita secara berkumpulan. Antara perkara yang perlu kami lakukan adalah:

1. Meletakkkan nama majalah di muka hadapan.
2. Tulisan yang digunakan haruslah berbeza di setiap papan.
3. Melukis gambar sejenis produk sahaja seperti tas tangan, botol air, baju dan sebagainya. Produk ini perlu dipilih sejenis sahaja kerana untuk menunjukkan inovasi antara setiap produk yang dihasilkan melalui papan cerita.
4. Halaman dua papan cerita harus memasukkan sidang pengarang (terdiri daripada ahli kumpulan)


Berikut merupakan proses permbuatan papan cerita yang dilakukan oleh ahli kumpulan kami:


Sidang pengarang



Produk berasaskan botol dipilih oleh ahli kumpulan kami


 Sekian sahaja untuk entri pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/9/2018 (Rabu), memberi pendedahan kepada kami tentang Asas Grafik.

Terdapat sebanyak lima (5) jenis asas grafik iaitu:

1. Mudah - bentuk mudah merupakan gambaran yang kita dapat lihat dengan mudah difahami dan tenang. Selalunya berbentuk permandangan atau scenery.
2. Keseimbangan - bentuk keseimbangan dapat dilihat melalui kanan dan kiri, atas dan bawah gambar mempunyai jarak yang sama.
3. Kesesuaian - bentuk kesesuaian dilihat mengikut background atau latar belakang yang digunakan bersesuaian atau tidak dengan gambar yang diambil.
4. Warna - pemilihan warna merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan gambaran yang dapat menarik minat masyarakat.
5. Teks - bentuk teks merupakan grafik yang menggunakan perkataan yang dapat menarik minat pengguna yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Kata yang digunakan mestilah ringkas, dan mengikut tema yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, sekiranya penggunaan kata yang terlalu meleret dan banyak, ia akan menyebabkan sesuatu grafik itu kelihatan serabut dan berselerak dan ia akan mengganggu penglihatan orang yang melihatnya.

Seterusmya, Prof. memberikan arahan tugasan yang perlu dilakukan pada minggu ini iaitu:

1. Pilih gambar yang bersesuaian dan kenal pasti ciri-ciri asas grafik yang digunakan. Lihat ciri-ciri asas grafik yang mana lebih ketara.
2. Mengambil keratan gambar dan tampal di atas mounting board dalam keadaan yang centre.
3. Pastikan ada ruang atau jarak yang sama antara atas dan bawah, dan kiri dan kanan.
4. Pastikan gambar yang diambil tidak terlalu kecil.
5. Gunting huruf untuk ditampal mengikut no matrik yang awal dan akhir beserta nama timbangan ahli kumpulan dan nama kumpulan yang telah dibentuk.
6. Cara tampalan: Letak gam dan lapik dengan kertas yang lain untuk meratakan supaya tidak terkoyak atau terkena lebihan gam.
7. Kemudian, tebuk lubang menggunakan puncher dan ikat menggunakan reben.
8. Mengambil gambar bersama ahli kumpulan semasa dan selepas melaksanakan tugasan.
9. Menghantar tugasan untuk diberikan bintang tugasan tersebut.

Tambahan, sementara aktiviti pemilihan gambar dibuat, pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kepada Prof. sama ada gambar yang diambil bersesuaian atau tidak dengan ciri-ciri asas grafik yang telah dipelajari.


Berikut merupakan ahli kumpulan saya:



MAWAR

Semoga berjumpa lagi semua.

Terima kasih.

Thursday 15 November 2018

BBM3410/18: Semudah ABC tutorial ku....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hari ini (15/11/18-Khamis) tiada kelas amali diadakan.

Jadi, kelas kami digantikan dengan membuat tugasan yang baru.

Arahan tugasan kami adalah, kami perlu mengambil video proses membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop selama tiga minit.


Tiga minit je guyss...

TIGA MINIT....

Huhuhuhu


Dalam video tersebut, kami perlu terlibat bersama supaya ia dapat meyakinkan Prof. bahawa itu adalah kami. Kemudian, setelah video telah diambil, kami perlu memuat naik dalam blog ini.

Marilah saksikan cara-cara saya membuat kalendar tu.....

Ehehehe




Alamak!!!! 😱😱😱😱😱

Terlebih tiga minit pula, jangan bosan untuk tonton ya. ehehe 😉

Semoga ilmu ini sangat bermanfaat untuk anda semua.

Terima kasih.




Tuesday 13 November 2018

BBM3410/18: Terlalu berharga.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Ni nak habaq mai ni..


Setiap tugasan yang kita buat sudah semestinya ada markah kan?

Tapi apa yang lebih berharga dalam tugasan kami?

Nak tahu?

Nak?

Yang paling berharga adalah...........

Adalah............

A . D . A . L . A . H . . . . . . . . . .

LIKE dan KOMEN daripada Prof.

Sebab..........................

S . E . B . A . B . . . . . . . . . . . . .

Bila Prof. like atau komen, tu menandakan kami sudah dapat markah.

Fuhhhhh!!! setiap tugasan sentiasa menanti kot.

Melalui kaedah ini.......

Saya dan rakan-rakan bukan sahaja semakin erat dalam perhubungan, tetapi dengan Prof. juga.

Prof. dah la sempoi habis, kadang-kadang geram je tengok Prof. ni. aihhh... rasa nak cubit-cubit je pipi Prof. yang gebu tu.. uhuhuhuhu



Komen Prof. di blog saya.



Prof. like di Instagram




Prof. like dan komen di Instagram












Prof. like tugasan flatlay


Sekian sahaja untuk entri kali ini.

Bye semua. 👋