Wednesday 24 October 2018

BBM3410/18: Bridesmaid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian,

Entri kali ini saya ingin kongsikan menjadi bridesmaid untuk sahabat saya, Siti Nuraliyah Nabilah binti Ismail.

Alhamdulillah... beliau telah selamat diijab kabulkan pada 18 Ogos 2018 bersama pasangan pilihan hatinya.

Malam berinai diadakan di Regalia Suites, Jalan Sultan Ismail.. Ala... yang viral tu..



Jangan tenung lama-lama kek tu ye. Bahaya! 😆



SEWAKTU MAJLIS




Sekian saja entri kali ini..

Terima kasih 😍



BBM3410/18: Budak Sains 3!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengumpul data budak sains 3! 😅

AHAHAHA.

Kali ini saya kumpul data Sam.

Siapa Sam?

Sam pergi mana?

Kenapa tak buat sendiri?

Mesti timbul tanda tanya kan?

UHUHUHU.

Sam, sakit.. dia perempuan tau, bukan lelaki!

Tu kami bantu kumpul data dia,

Data dia perlu dikumpul pada setiap hari. Memandangkan beliau tidak sihat, kami bantu lah dia.

Sam buat kajian di MARDI. Jadi, kami pergi la ke MARDI....



Sam buat kajian tentang Azolla SP.

Apa tu?

Spesis tumbuhan akuatik...



Kumpul data

Cuba korang teka, tu air apa?


HAAAAAA...

Air ikan? 

BUKAN!

Air hujan?

BUKAN!!!

Dah tu????

Air tahi ayam...

AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Tapi air dia, tak bau pun tahi ayam...

Tu kita okay je.. ahahaha


Okay laaa... kita jumpa di entri yang lain ye 😉

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri saya 😍


BBM3410/18: Budak Sains 2!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya akan sambung cerita tentang entri sebelum ini...

2. Nurul Aman Syazwani Amdan. Panggil Wani je..

Okay... tak nak cerita panjang!

Wani ni... dia buat kajian tentang Culture Algae. Algae? Bakteria tu?

Ye... bakteria 😅

Best juga kajian dia.. tapi dia buat kajian dalaman la.. maksudnya dalam lab.

Baru-baru ni, tolong dia susun benih bayam...

Halus gila kot..

Satu bekas diperlukan 10 benih bayam..

Haaa.... mcm ni la rupanya.



benih bayam


Sambil-sambil susun biji benih, sempat saya pusing-pusing dalam makmal... ehehehe 😎

Ternampak pula fetus lembu ni... Jadi, bergambar la kita! ahahahaha



Fetus lembu


Bersama fetus lembu


Wani dan saya 😍


Ehehehe. sekian sahaja untuk entri kali ini.

Terima kasih.

Tuesday 16 October 2018

BBM3410/18: Budak sains?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Entri pada kali ini, saya ingin menceritakan tentang roommate saya.

Mereka mengambil jurusan Bacelor Sains (Kepujian) Major Biologi..

Ehehe.. hebat kot! Tak dapat tandingi mereka.

Ni saya nak cerita ni....

Baca tau, baca!

Kalau uollls nak tahu, saya selalu ikut dorang pergi lab untuk kumpul data.

Seronok gila, wei! Saya suka Sains, tetapi hajat tak kesampaian.

Ikut turun padang pun buat saya gembira.. Senyum sikit 😊


1. Nama diberi Nursyahirah Ahmad Damanhuri. Selalu panggil Syira je. Tapi baru-baru ni ada orang panggil dia ecah. ahahaha so cuba panggil dengan nama baru dia tu. ahahah.

Syira buat kajian tentang Vermicompost. Haaaaaa... mesti korang tertanya kan, apa benda tu?

Tu kajian tentang cacing... haaaa.. cacing! Ni kira kajian luar makmal la...

Best gila wei...

Boleh tengok tahi cacing.. rupa dia macam Chocolate Rice! Haaa.. bayangkan la...

Mesti tertanya-tanya, macam mana bela cacing? Cacing makan apa?

Haaaa.... cacing makan daun kering yang dah dikisar dan ditukar air beberapa kali..

Lepas tu bagi la cacing makan.. Gitewwww!!!



Membesar dengan baik cacing dia 😍



Masa ni, kami asingkan semut yang jahat nak gigit anak kesayangan dia (cacing) 😂

Macam mana asingkan semut? ala ala ala..... bukan kutip seekor2..

 Kutip je dengan pasir tu sekali..

Lepas tu buang... kan senang... Jangan risau, Tak membazir pun 😊


Nanti saya sambung seterusnya,

Tunggu tau!

Sekian.

Terima kasih membaca 😊


Monday 15 October 2018

BBM341018: Alya Nabilah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Entri pada kali ini saya ingin kongsikan kenangan manis saya bersama sahabat.

Saya bersama Siti Nuraliyah Nabilah Ismail mula bersahabat sejak kami tingkatan 1 iaitu pada tahun 2008 hingga kini. Usia persahabatan sudah mencecah 10 tahun.

Alya merupakan sahabat saya waktu silat, hoki, larian bomba, larian 1 Malaysia, dan geng camping. Kalau merentas desa di sekolah mesti kami akan lawan untuk menang di antara 10 yang terbaik untuk menang pingat. Kata-kata dan semangat yang saya sering ungkapkan padanya terus buatkan dia berusaha hingga berjaya untuk menang. Kata-kata atlet 1500m mesti berkesan. cewah!!


Image may contain: 21 people, including Norfa'ezal Haron and Siti Nuratikah Mohd Zain, people smiling

Alya berada di hadapan saya 😉


Image may contain: 8 people

Ketika kami bertanding untuk olahraga (kami yang pakai tanjak tu. ehehe)


Pada 17 Mei 2017, kami dijemput untuk ditemuramah di RTM untuk silat yang kami sertai. Pada temu ramah tersebut, kami sudah sertai silat untuk tahun yang ke-8. Sedikit kebanggaan dalam diri kerana mampu bertahan untuk terus berjuang demi sukan yang kami minati.


Image may contain: 5 people, including Siti Nuratikah Mohd Zain, people sitting, table, screen and indoor

Bersama DJ Sonic


Image may contain: 2 people, including Siti Nuratikah Mohd Zain, people smiling, people standing

Bersama Alya, geng gaduh, geng sparing, dan segala geng. ahahaha


Image may contain: 8 people, including Siti Nuratikah Mohd Zain, people smiling

Larian bomba


Kalau anda semua nak tahu,

Kami juga sering lawan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, pernah suatu ketika, sekiranya saya mendapat tempat ke-4 dalam kelas, dia mesti ke-5, dan pernah juga saya dapat tempat ke-5, dia ke-4. Tapi, jangan tanya kenapa kami tidak pulun untuk tempat pertama dan kedua. ehehe kami tidak layak untuk itu. 

Pada tingkatan 4, kami mula berpecah kelas kerana saya ditempatkan di kelas Sains Sukan dan dia Geografi. Walau bagaimanapun, kami tidak berputus asa hingga persahabatan masih diteruskan hingga kini.

Kami bersama-sama sambung pelajaran tingkatan 6 dan ditempatkan dalam kelas yang sama.

Kini, saya melanjutkan pelajaran di UPM dan dia bersama kerjayanya.

Ika doakan hang sentiasa berjaya!



Alya...

Kalau baca ini, harap persahabatan kita sampai bila-bila..


Sekian,

Terima kasih.

Thursday 11 October 2018

BBM3410/18: Candy Crush!

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin menceritakan tentang hobi saya...

Saya suka bermain game Candy Crush! Mesti ada tertanya-tanya kenapa Candy Crush? Tak perang-perang ke atau sebagainya? Ehehe... Saya suka main game yang menguji minda.. ehehe tapi Candy Crush ni hanya menguji minda macam mana nak menang sahaja. AHAHAHAHAHA!

Buat masa kini, saya sudah mencapai level sehingga 3292. Wwwooowwww!!!

AHAHAHA

Tidak la hebat mana pun.. kira lama juga saya mengambil masa untuk capai ke level ini.

Gigih kan saya?

Ini la bukti saya sudah mencapai level 3292:



Ehehehe... Jangan jealous ye... 😜

Sekian sahaja buat entri kali ini.

Semoga berjumpa lagi.

Terima kasih semua.

Wednesday 10 October 2018

BBM3410/18: Flatlay....

Assalamualaikum semua....


Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 8 Oktober 2018 (Isnin) adalah mengenai flatlay. Tahukah anda bahawa flatlay merupakan gambar yang kebiasaannya ditangkap oleh masyarakat umum sebelum makan (makanan), barangan kosmetik, barangan lelaki, barangan perempuan dan sebagainya.

Gambar-gambar flatlay boleh diambil separuh, namun gambar yang diambil seharusnya sampai maknanya kepada pengguna. Gambar-gambar ini juga bergantung kepada kreativiti seorang untuk menyusun kedudukan objek dan kedudukan kamera..

Oleh itu, tugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kali ini adalah berkaitan cara-cara mengambil gambar flatlay. Tugasan ini diberikan secara berkumpulan dan setiap gambar yang diambil mestilah mempunyai tema yang tersendiri.


Flatlay terbahagi kepada empat jenis iaitu:

1. Flatlay - Gambar flatlay diambil dalam kedudukan 90 darjah iaitu posisi di mana kamera betul-betul berada di atas gambar yang ingin diambil. Kamera mestilah seimbang agar ia betul-betul berada dalam keadaan tegak dan tepat pada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan. Berikut merupakan contoh gambar flatlay yang telah diambil:


Tema: flatlay kelengkapan wanita



2. Half flatlay - Gambar ini diambil pada kedudukan 45 darjah iaitu separuh daripada kedudukan 90 darjah bagi flatlay tadi. Berikut merupakan contoh gambar yang diambil bagi half flatlay:


Tema: half flatlay penyapu



3. Quarter flatlay - Gambar diambil pada kedudukan diantara 45 darjah dan kosong darjah. Berikut merupakan contoh gambar yang diambil bagi quarter flatlay:


Tema: quarter flatlay jam tangan



4. Zeo flatlay - Gambar diambil dikedudukan kosong darjah iaitu kamera berada menyentuh di permukaan lantai. Gambar ini sekiranya mempunyai bayang akan lebih kelihatan cantik dan menarik. Berikut merupakan contoh gambar zero flatlay yang telah diambil:


Tema: zero flatlay wang ringgit



Menyeronokkan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada kali ini. Banyak gelak ketawa sewaktu proses penerangan yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Saya suka gaya penyampaian yang digunakan kepada pelajar kerana ia merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sangat santai dan menari. Terima kasih Prof.

Sekian sahaja buat entri kali ini.

Semoga berjumpa lagi sahabat maya! 😄






Monday 8 October 2018

BBM3410/18: Keluargaku ~

Assalamualaikum semua, 

Entri hari ini saya ingin menceritakan tentang keluarga saya 😍

Abah saya bernama Mohd Zain bin Yasin, manakala mama saya bernama Siti Fatimah binti Yahaya.

Tahukah anda, permulaan nama mama iaitu "Siti" menyebabkan kami anak perempuan juga turut mempunyai "Siti". 

Saya bernama Siti Nuratikah binti Mohd Zain, manakala adik perempuan Siti Nurathirah binti Mohd Zain. 

Nama keturunan? Ehehe. Tidak juga kerana tok saya tidak mula dengan "Siti", tapi mungkin anak-anak dan cucunya diberi nama "Siti". Semua dimulakan dengan "Siti". Antaranya Siti Rasyidah binti Yahaya, Siti Norain binti Md Desa, Siti Noraini binti Saad dan Siti Rogayah binti Yusof. Ehehe.

Eh! Eh! Lupa pula memperkenalkan adik saya yang bongsu, nama diberi Muhammad Izzuddin bin Mohd Zain. 

Inilah gambar keluarga saya 💖


Image may contain: 5 people, including Ct Yahaya and Siti Nuratikah Mohd Zain


Cukuplah sampai disini sahaja buat entri kali ini.

Semoga berjumpa lagi 🙆

Tuesday 2 October 2018

BBM3410/18: Instagram?

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya ditugaskan untuk memasukkan gambar ke dalam instagram berkaitan gambar asas grafik, asas fotografi, dan Pesta Makanan Tradisional.

Gambar yang dimasukkan mesti mempunyai kapsyen berdasarkan buku 200 Quotes yang dikeluarkan oleh Prof. Normaliza Abd Rahim berserta hashtag yang diberikan.

Berikut merupakan contoh memasukkan gambar di instagram bersama kapsyen dan hashtag yang diberikan:


Jangan lupa follow saya ye semua!

Sekian, Terima kasih.

BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional Melayu. Nyumm Nyumm ~

Assalamualaikum semua.

Pesta makanan diadakan di Laman Muzium Warisan Melayu, UPM pada 25 September 2018 (Selasa), iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pesta ini mempunyai gerai yang menjual pelbagai juadah melayu dan demonstrasi makanan juga dilakukan oleh Chef Jemputan iaitu Dr. Shaharim Karim, Fakulti Teknologi Makanan, UPM.

Berikur merupakan gambar saya dan rakan-rakan bersama Chef Jemputan iaitu Dr. Shaharim Karim, Fakulti Teknologi Makanan, UPM:


Pada mulanya, saya menghadiri majlis perasmian yang diadakan di CALC bermula pukul 10 pagi. Setelah selesai, saya bersama sabat handai mengedarkan makanan yang berlebihan kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan menghadiri majlis perasmian ini.

Berikut merupakan gambar ketika majlis perasmian:



Seterusnya, saya melawati gerai-gerai jualan yang terdapat di Pesta Makanan Tradisional Melayu ini dan mengambil gambar bersama beberapa penjual.

Berikut merupakan gambar ketika melawati gerai jualan di Pesta Makanan Tradisional Melayu:

BBM3410/18: Belajar Asas Fotografi dalam masa dua hari?

Assalamualaikum semua!

Apa khabar? Sihat?

Kuliah pada hari ini berkaitan dengan asas fotografi. 

Tahukah anda, terdapat enam jenis asas fotografi iaitu:

1. Mugshot - mugshot kebiasaannya ditangkap di negara luar iaitu gambar diambil ketika memasuki ke dalam penjara. Gambar diambil seperti gambar passport namun mempunyai emosi yang berbeza. Kedudukan gambar adalah dari bahu dan ke atas dan gambar perlu diambil berdasarkan asas grafik keseimbangan. Kemudian, background atau latar belakang gambar mestilah kosong, jelas, dan berwarna putih. Gambar diambil dalam keadaan tegak dan tertumpu pada bahagian muka. Berikut merupakan contoh gambar Mug shot:


2. Long shot - gambar long shot diambil dari sudut yang jauh dan gambar tersebut akan kelihatan kecil. Kebiasaannya berupa permandangan, bangunan, dan reka bentuk yang menarik. Berikut merupakan contoh gambar Long shot:


3. Medium shot - gambar medium shot kebiasaannya diambil dari jarak yang dekat, tetapi dalam posisi yang penuh dan lengkap. Gambar ini selalunya berbentuk objek atau manusia. Berikut merupakan contoh gambar Medium shot:


4. Potrait - Kebiasaannya gambar potrait diambil di studio dan objek atau manusia sudah berada dalam keadaan bersedia atau dirancang. Kebanyakkan gambar potrait ini dilukis atau gambar yang diambil boleh dalam posisi yang separuh dan tidak semestinya penuh. Berikut merupakan contoh gambar potrait:


5. Bird eye view - gambar yang diambil dari sudut atas dan seolah-olah kita menjadi seekor burung yang melihat permandangan. secara keseluruhan. Berikut merupakan contoh gambar bird eye view:


6. Over the shoulder - gambar yang diambil kebiasaannya berada di posisi sebelah bahu dan ke atas iaitu merangkumi separuh kepala dan separuh sisi bahu manusia. Namun, gambar yang dapat dilihat di hadapan akan kelihatan secara keseluruhan. Berikut merupakan contoh gambar over the shoulder:


Asas fotografi ini kelihatan mudah, namun perlu berhati-hati supaya gambar yang diambil menepati spesifikasi yang diberikan.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Semoga berjumpa lagi.

Terima kasih.