Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Entri pada kali ini saya ingin kongsikan kenangan manis saya bersama sahabat.
Saya bersama Siti Nuraliyah Nabilah Ismail mula bersahabat sejak kami tingkatan 1 iaitu pada tahun 2008 hingga kini. Usia persahabatan sudah mencecah 10 tahun.
Alya merupakan sahabat saya waktu silat, hoki, larian bomba, larian 1 Malaysia, dan geng camping. Kalau merentas desa di sekolah mesti kami akan lawan untuk menang di antara 10 yang terbaik untuk menang pingat. Kata-kata dan semangat yang saya sering ungkapkan padanya terus buatkan dia berusaha hingga berjaya untuk menang. Kata-kata atlet 1500m mesti berkesan. cewah!!
Alya berada di hadapan saya 😉
Ketika kami bertanding untuk olahraga (kami yang pakai tanjak tu. ehehe)
Pada 17 Mei 2017, kami dijemput untuk ditemuramah di RTM untuk silat yang kami sertai. Pada temu ramah tersebut, kami sudah sertai silat untuk tahun yang ke-8. Sedikit kebanggaan dalam diri kerana mampu bertahan untuk terus berjuang demi sukan yang kami minati.
Bersama DJ Sonic
Bersama Alya, geng gaduh, geng sparing, dan segala geng. ahahaha
Larian bomba
Kalau anda semua nak tahu,
Kami juga sering lawan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, pernah suatu ketika, sekiranya saya mendapat tempat ke-4 dalam kelas, dia mesti ke-5, dan pernah juga saya dapat tempat ke-5, dia ke-4. Tapi, jangan tanya kenapa kami tidak pulun untuk tempat pertama dan kedua. ehehe kami tidak layak untuk itu.
Pada tingkatan 4, kami mula berpecah kelas kerana saya ditempatkan di kelas Sains Sukan dan dia Geografi. Walau bagaimanapun, kami tidak berputus asa hingga persahabatan masih diteruskan hingga kini.
Kami bersama-sama sambung pelajaran tingkatan 6 dan ditempatkan dalam kelas yang sama.
Kini, saya melanjutkan pelajaran di UPM dan dia bersama kerjayanya.
Ika doakan hang sentiasa berjaya!
Alya...
Kalau baca ini, harap persahabatan kita sampai bila-bila..
Sekian,
Terima kasih.