Wednesday 10 October 2018

BBM3410/18: Flatlay....

Assalamualaikum semua....


Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 8 Oktober 2018 (Isnin) adalah mengenai flatlay. Tahukah anda bahawa flatlay merupakan gambar yang kebiasaannya ditangkap oleh masyarakat umum sebelum makan (makanan), barangan kosmetik, barangan lelaki, barangan perempuan dan sebagainya.

Gambar-gambar flatlay boleh diambil separuh, namun gambar yang diambil seharusnya sampai maknanya kepada pengguna. Gambar-gambar ini juga bergantung kepada kreativiti seorang untuk menyusun kedudukan objek dan kedudukan kamera..

Oleh itu, tugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kali ini adalah berkaitan cara-cara mengambil gambar flatlay. Tugasan ini diberikan secara berkumpulan dan setiap gambar yang diambil mestilah mempunyai tema yang tersendiri.


Flatlay terbahagi kepada empat jenis iaitu:

1. Flatlay - Gambar flatlay diambil dalam kedudukan 90 darjah iaitu posisi di mana kamera betul-betul berada di atas gambar yang ingin diambil. Kamera mestilah seimbang agar ia betul-betul berada dalam keadaan tegak dan tepat pada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan. Berikut merupakan contoh gambar flatlay yang telah diambil:


Tema: flatlay kelengkapan wanita



2. Half flatlay - Gambar ini diambil pada kedudukan 45 darjah iaitu separuh daripada kedudukan 90 darjah bagi flatlay tadi. Berikut merupakan contoh gambar yang diambil bagi half flatlay:


Tema: half flatlay penyapu



3. Quarter flatlay - Gambar diambil pada kedudukan diantara 45 darjah dan kosong darjah. Berikut merupakan contoh gambar yang diambil bagi quarter flatlay:


Tema: quarter flatlay jam tangan



4. Zeo flatlay - Gambar diambil dikedudukan kosong darjah iaitu kamera berada menyentuh di permukaan lantai. Gambar ini sekiranya mempunyai bayang akan lebih kelihatan cantik dan menarik. Berikut merupakan contoh gambar zero flatlay yang telah diambil:


Tema: zero flatlay wang ringgit



Menyeronokkan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada kali ini. Banyak gelak ketawa sewaktu proses penerangan yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Saya suka gaya penyampaian yang digunakan kepada pelajar kerana ia merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sangat santai dan menari. Terima kasih Prof.

Sekian sahaja buat entri kali ini.

Semoga berjumpa lagi sahabat maya! 😄






No comments:

Post a Comment