Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan,
Tugasan Mutimedia pada kali ini, kami dikehendaki memilih sebanyak 10 jenis simpulan bahasa.
Berdasarkan simpulan bahasa tersebut, kami dikehendaki untuk menangkap gambar yang menggambarkan simpulan bahasa tersebut.
Gaya dan ekspresi muka memainkan peranan yang penting dalam tugasan ini.
Kemudian,
Kami ditugaskan untuk membuat Power Point berdasarkan gambar yang diambil. Lagu instrumental perlu diselitkan bersama dalam slaid ini.
Slaid pertama, kami perlu menyertakan nama kumpulan, senarai nama, dan no. matrik. Senarai nama harus mengikut urutan no. matrik yang awal hingga yang akhir.
Slaid kedua dan kesebelas, kami perlu melampirkan gambar tersebut beserta simpulan bahasa.
Slaid ke-12, iaitu slaid terakhir, kami perlu meletakkan "kredit" kepada semua yang terlibat.
Tugasan ini mengajar kami untuk menghargai pensyarah, para pelakon yang terlibat, lagu instrumental yang dipilih (perlu kreditkan penyanyi dan syarikat), jurukamera, dan sebagainya.
Sekian sahaja untuk entri kali ini.
Jumpa lagi....
Terima kasih semua
No comments:
Post a Comment