Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/9/2018 (Rabu), memberi pendedahan kepada kami tentang Asas Grafik.

Terdapat sebanyak lima (5) jenis asas grafik iaitu:

1. Mudah - bentuk mudah merupakan gambaran yang kita dapat lihat dengan mudah difahami dan tenang. Selalunya berbentuk permandangan atau scenery.
2. Keseimbangan - bentuk keseimbangan dapat dilihat melalui kanan dan kiri, atas dan bawah gambar mempunyai jarak yang sama.
3. Kesesuaian - bentuk kesesuaian dilihat mengikut background atau latar belakang yang digunakan bersesuaian atau tidak dengan gambar yang diambil.
4. Warna - pemilihan warna merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan gambaran yang dapat menarik minat masyarakat.
5. Teks - bentuk teks merupakan grafik yang menggunakan perkataan yang dapat menarik minat pengguna yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Kata yang digunakan mestilah ringkas, dan mengikut tema yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, sekiranya penggunaan kata yang terlalu meleret dan banyak, ia akan menyebabkan sesuatu grafik itu kelihatan serabut dan berselerak dan ia akan mengganggu penglihatan orang yang melihatnya.

Seterusmya, Prof. memberikan arahan tugasan yang perlu dilakukan pada minggu ini iaitu:

1. Pilih gambar yang bersesuaian dan kenal pasti ciri-ciri asas grafik yang digunakan. Lihat ciri-ciri asas grafik yang mana lebih ketara.
2. Mengambil keratan gambar dan tampal di atas mounting board dalam keadaan yang centre.
3. Pastikan ada ruang atau jarak yang sama antara atas dan bawah, dan kiri dan kanan.
4. Pastikan gambar yang diambil tidak terlalu kecil.
5. Gunting huruf untuk ditampal mengikut no matrik yang awal dan akhir beserta nama timbangan ahli kumpulan dan nama kumpulan yang telah dibentuk.
6. Cara tampalan: Letak gam dan lapik dengan kertas yang lain untuk meratakan supaya tidak terkoyak atau terkena lebihan gam.
7. Kemudian, tebuk lubang menggunakan puncher dan ikat menggunakan reben.
8. Mengambil gambar bersama ahli kumpulan semasa dan selepas melaksanakan tugasan.
9. Menghantar tugasan untuk diberikan bintang tugasan tersebut.

Tambahan, sementara aktiviti pemilihan gambar dibuat, pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kepada Prof. sama ada gambar yang diambil bersesuaian atau tidak dengan ciri-ciri asas grafik yang telah dipelajari.


Berikut merupakan ahli kumpulan saya:



MAWAR

Semoga berjumpa lagi semua.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment