Wednesday, 5 December 2018

BBM3410/18: Papan cerita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/11/18 (Isnin).

Kami diberikan pendedahan tentang cara untuk menghasilkan papan cerita atau dikenali sebagai e-majalah. E-majalah merupakan papan cerita yang dapat menghasilkan jalan cerita, bermula daripada muka hadapan hingga halaman terakhir. 

Sebagai contoh, papan cerita yang terdapat di tepi-tepi jalan sudah mempunyai banyak papan cerita sebelum dapat menghasilkan papan cerita yang dapat menarik minat dan perhatian pengguna jalan raya. 

Antara perkara yang perlu ditititkberatkan dalam menghasilkan papan cerita ini adalah:

1. Gambar yang diambil, dibuat atau direka perlu mempunyai kedudukan yang menarik. Gambar mestilah jelas, dan berwarna  ceria.
2. Saiz tulisan mestilah memadai supaya ia tidak kelihatan begitu besar atau begitu kecil. 
3. Tidak menggunakan perkataan yang berlebihan kerana ia akan membuatkan papan cerita menjadi serabut dan ia akan menyukarkan khalayak untuk membaca. Tambahan pula,sekiranya perkataan yang digunakan terlalu banyak, ia akan makan ruang untuk perkataan yang lain dan membuatkan papan ceita itu tidak menarik dan khalayak tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.


Berdasarkan perkara di atas, kami dikehendaki membuat papan cerita secara berkumpulan. Antara perkara yang perlu kami lakukan adalah:

1. Meletakkkan nama majalah di muka hadapan.
2. Tulisan yang digunakan haruslah berbeza di setiap papan.
3. Melukis gambar sejenis produk sahaja seperti tas tangan, botol air, baju dan sebagainya. Produk ini perlu dipilih sejenis sahaja kerana untuk menunjukkan inovasi antara setiap produk yang dihasilkan melalui papan cerita.
4. Halaman dua papan cerita harus memasukkan sidang pengarang (terdiri daripada ahli kumpulan)


Berikut merupakan proses permbuatan papan cerita yang dilakukan oleh ahli kumpulan kami:


Sidang pengarang



Produk berasaskan botol dipilih oleh ahli kumpulan kami


 Sekian sahaja untuk entri pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment