Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kelas multimedia dalam Bahasa bertarikh 26/11/18 (Isnin).

Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat "video tanpa wajah". Video tanpa wajah merupakan video yang dihasilkan tanpa merekod memek atau ekspresi muka. Hanya perlakuan dan pergerakan anggota badan yang lain selain muka sahaja dibenarkan.

Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan video tanpa wajah, seperti:

1. Memastikan gambaran wajah tidak direkod di dalam video.
2. Fokus kepada satu perlakuan, atau objek seperti tangan, kaki, bola, patung, duit dan sebagainya.
3. Lagu yang dipilih mestilah mempunyai makna dan mengikut kesesuaian berdasarkan video yang bakal dihasilkan.
4. Video yang dihasilkan mestilah mempunyai jalan cerita yang dapat memudahkan penonton memahami apa yang cuba disampaikan.

Selain itu, video ini perlu berdurasi lebih kurang 3-4 minit dan penghasilannya memerlukan penyuntingan.

Berikut merupakan video yang dihasilkan oleh saya bersama ahli kumpulan:



Kredit:
Lagu: Kuasa Juara [KRU]

Sekian sahaja buat entri pada kali ini.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment