Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah bertarikh 5/11/18 (Isnin).


Video One Shot.

Video One Shot merupakan video yang dihasilkan tanpa proses penyuntingan.


Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan dalam penghasilan Video One Shot ini, seperti:

1. Pelakon perlu menguruskan kamera dengan sendiri.
2. Pelakon perlu melakukan pergerakan dengan memandang ke arah kamera.
3. Pelakon dibenarkan untuk keluar dan masuk dalam video (mengikut kekreatifan ahli kumpulan).
4. Kedudukan kamera tidak berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
5. Pelakon perlu membuat memek mulut mengikut lagu yang ingin diasampaikan.
6. Semua ahli kumpulan perlu turut serta dalam video tersebut.
7. Kumpulan perlu memilih lagu Melayu yang berdurasi satu lagu penuh.


Berikut merupakan Video One Shot yang dihasilkan oleh kumpulan kami:


Kredit:
Lagu: Syinta Gila - Safiey Illias



Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 12/11/18 (Isnin).

Video One Shot Two Layer.

Video One Shot Two Layer merupakan video yang hampir sama seperti Video One Shot. Namun yang membezakannya adalah:

1. Penyanyi dalam video tersebut bukan seorang.
2. Penyanyi boleh terlibat dalam lakonan.
3. Layer kedua merupakan orang yang berlakon dalam video tersebut.
4. Pelakon perlu membekukan diri sekiranya penyanyi sedang nyanyikan lirik lagu.
5. Penyanyi perlu membekukan diri sekiranya pelakon sedang melakonkan watak.

Berikut merupakan Video One Shot Twio Layer yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:



Kredit:

Lagu: Terima kasih cikgu [Najwa Latif feat Upin Ipin]



Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/11/18 (Isnin).

Video One Shot Three Layer.

Video One Shot Three Layer merupakan video yang dihasilkan dengan mempunyai banyak pergerakan. Keadaan pokok bergoyang, aliran keluar masuk kenderaan, atau segala objek yang boleh bergerak di ambil kira sebagai layer.


Berikut merupakan Video One Shot Three Layer yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:


Kredit:

Lagu: Wajah [Jacklyn Victor]


Sekian sahaja buat entri pada kali ini.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment