Saturday, 8 December 2018

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Semalam saya telah muat naik kenangan bersama Prof. di ruangan Facebook..

Semoga kenangan ini sentiasa tersemat dihati dengan mengingati telatah dan lawak Prof. yang sangat comel dan melucukan tu.. ehehehe.





Image may contain: 2 people, including Atikah Nazri, people smiling, people standing, shoes and close-up



Semoga kita berjumpa lagi Prof.

Terima kasih untuk segalanya.

Wednesday, 5 December 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kelas multimedia dalam Bahasa bertarikh 26/11/18 (Isnin).

Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat "video tanpa wajah". Video tanpa wajah merupakan video yang dihasilkan tanpa merekod memek atau ekspresi muka. Hanya perlakuan dan pergerakan anggota badan yang lain selain muka sahaja dibenarkan.

Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan video tanpa wajah, seperti:

1. Memastikan gambaran wajah tidak direkod di dalam video.
2. Fokus kepada satu perlakuan, atau objek seperti tangan, kaki, bola, patung, duit dan sebagainya.
3. Lagu yang dipilih mestilah mempunyai makna dan mengikut kesesuaian berdasarkan video yang bakal dihasilkan.
4. Video yang dihasilkan mestilah mempunyai jalan cerita yang dapat memudahkan penonton memahami apa yang cuba disampaikan.

Selain itu, video ini perlu berdurasi lebih kurang 3-4 minit dan penghasilannya memerlukan penyuntingan.

Berikut merupakan video yang dihasilkan oleh saya bersama ahli kumpulan:



Kredit:
Lagu: Kuasa Juara [KRU]

Sekian sahaja buat entri pada kali ini.

Terima kasih.

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah bertarikh 5/11/18 (Isnin).


Video One Shot.

Video One Shot merupakan video yang dihasilkan tanpa proses penyuntingan.


Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan dalam penghasilan Video One Shot ini, seperti:

1. Pelakon perlu menguruskan kamera dengan sendiri.
2. Pelakon perlu melakukan pergerakan dengan memandang ke arah kamera.
3. Pelakon dibenarkan untuk keluar dan masuk dalam video (mengikut kekreatifan ahli kumpulan).
4. Kedudukan kamera tidak berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
5. Pelakon perlu membuat memek mulut mengikut lagu yang ingin diasampaikan.
6. Semua ahli kumpulan perlu turut serta dalam video tersebut.
7. Kumpulan perlu memilih lagu Melayu yang berdurasi satu lagu penuh.


Berikut merupakan Video One Shot yang dihasilkan oleh kumpulan kami:


Kredit:
Lagu: Syinta Gila - Safiey Illias



Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 12/11/18 (Isnin).

Video One Shot Two Layer.

Video One Shot Two Layer merupakan video yang hampir sama seperti Video One Shot. Namun yang membezakannya adalah:

1. Penyanyi dalam video tersebut bukan seorang.
2. Penyanyi boleh terlibat dalam lakonan.
3. Layer kedua merupakan orang yang berlakon dalam video tersebut.
4. Pelakon perlu membekukan diri sekiranya penyanyi sedang nyanyikan lirik lagu.
5. Penyanyi perlu membekukan diri sekiranya pelakon sedang melakonkan watak.

Berikut merupakan Video One Shot Twio Layer yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:



Kredit:

Lagu: Terima kasih cikgu [Najwa Latif feat Upin Ipin]



Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/11/18 (Isnin).

Video One Shot Three Layer.

Video One Shot Three Layer merupakan video yang dihasilkan dengan mempunyai banyak pergerakan. Keadaan pokok bergoyang, aliran keluar masuk kenderaan, atau segala objek yang boleh bergerak di ambil kira sebagai layer.


Berikut merupakan Video One Shot Three Layer yang dihasilkan oleh ahli kumpulan kami:


Kredit:

Lagu: Wajah [Jacklyn Victor]


Sekian sahaja buat entri pada kali ini.

Terima kasih.



BBM3410/18: Papan cerita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/11/18 (Isnin).

Kami diberikan pendedahan tentang cara untuk menghasilkan papan cerita atau dikenali sebagai e-majalah. E-majalah merupakan papan cerita yang dapat menghasilkan jalan cerita, bermula daripada muka hadapan hingga halaman terakhir. 

Sebagai contoh, papan cerita yang terdapat di tepi-tepi jalan sudah mempunyai banyak papan cerita sebelum dapat menghasilkan papan cerita yang dapat menarik minat dan perhatian pengguna jalan raya. 

Antara perkara yang perlu ditititkberatkan dalam menghasilkan papan cerita ini adalah:

1. Gambar yang diambil, dibuat atau direka perlu mempunyai kedudukan yang menarik. Gambar mestilah jelas, dan berwarna  ceria.
2. Saiz tulisan mestilah memadai supaya ia tidak kelihatan begitu besar atau begitu kecil. 
3. Tidak menggunakan perkataan yang berlebihan kerana ia akan membuatkan papan cerita menjadi serabut dan ia akan menyukarkan khalayak untuk membaca. Tambahan pula,sekiranya perkataan yang digunakan terlalu banyak, ia akan makan ruang untuk perkataan yang lain dan membuatkan papan ceita itu tidak menarik dan khalayak tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.


Berdasarkan perkara di atas, kami dikehendaki membuat papan cerita secara berkumpulan. Antara perkara yang perlu kami lakukan adalah:

1. Meletakkkan nama majalah di muka hadapan.
2. Tulisan yang digunakan haruslah berbeza di setiap papan.
3. Melukis gambar sejenis produk sahaja seperti tas tangan, botol air, baju dan sebagainya. Produk ini perlu dipilih sejenis sahaja kerana untuk menunjukkan inovasi antara setiap produk yang dihasilkan melalui papan cerita.
4. Halaman dua papan cerita harus memasukkan sidang pengarang (terdiri daripada ahli kumpulan)


Berikut merupakan proses permbuatan papan cerita yang dilakukan oleh ahli kumpulan kami:


Sidang pengarang



Produk berasaskan botol dipilih oleh ahli kumpulan kami


 Sekian sahaja untuk entri pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kuliah Multimedia dalam Bahasa bertarikh 19/9/2018 (Rabu), memberi pendedahan kepada kami tentang Asas Grafik.

Terdapat sebanyak lima (5) jenis asas grafik iaitu:

1. Mudah - bentuk mudah merupakan gambaran yang kita dapat lihat dengan mudah difahami dan tenang. Selalunya berbentuk permandangan atau scenery.
2. Keseimbangan - bentuk keseimbangan dapat dilihat melalui kanan dan kiri, atas dan bawah gambar mempunyai jarak yang sama.
3. Kesesuaian - bentuk kesesuaian dilihat mengikut background atau latar belakang yang digunakan bersesuaian atau tidak dengan gambar yang diambil.
4. Warna - pemilihan warna merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan gambaran yang dapat menarik minat masyarakat.
5. Teks - bentuk teks merupakan grafik yang menggunakan perkataan yang dapat menarik minat pengguna yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Kata yang digunakan mestilah ringkas, dan mengikut tema yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, sekiranya penggunaan kata yang terlalu meleret dan banyak, ia akan menyebabkan sesuatu grafik itu kelihatan serabut dan berselerak dan ia akan mengganggu penglihatan orang yang melihatnya.

Seterusmya, Prof. memberikan arahan tugasan yang perlu dilakukan pada minggu ini iaitu:

1. Pilih gambar yang bersesuaian dan kenal pasti ciri-ciri asas grafik yang digunakan. Lihat ciri-ciri asas grafik yang mana lebih ketara.
2. Mengambil keratan gambar dan tampal di atas mounting board dalam keadaan yang centre.
3. Pastikan ada ruang atau jarak yang sama antara atas dan bawah, dan kiri dan kanan.
4. Pastikan gambar yang diambil tidak terlalu kecil.
5. Gunting huruf untuk ditampal mengikut no matrik yang awal dan akhir beserta nama timbangan ahli kumpulan dan nama kumpulan yang telah dibentuk.
6. Cara tampalan: Letak gam dan lapik dengan kertas yang lain untuk meratakan supaya tidak terkoyak atau terkena lebihan gam.
7. Kemudian, tebuk lubang menggunakan puncher dan ikat menggunakan reben.
8. Mengambil gambar bersama ahli kumpulan semasa dan selepas melaksanakan tugasan.
9. Menghantar tugasan untuk diberikan bintang tugasan tersebut.

Tambahan, sementara aktiviti pemilihan gambar dibuat, pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kepada Prof. sama ada gambar yang diambil bersesuaian atau tidak dengan ciri-ciri asas grafik yang telah dipelajari.


Berikut merupakan ahli kumpulan saya:



MAWAR

Semoga berjumpa lagi semua.

Terima kasih.

Thursday, 15 November 2018

BBM3410/18: Semudah ABC tutorial ku....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hari ini (15/11/18-Khamis) tiada kelas amali diadakan.

Jadi, kelas kami digantikan dengan membuat tugasan yang baru.

Arahan tugasan kami adalah, kami perlu mengambil video proses membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop selama tiga minit.


Tiga minit je guyss...

TIGA MINIT....

Huhuhuhu


Dalam video tersebut, kami perlu terlibat bersama supaya ia dapat meyakinkan Prof. bahawa itu adalah kami. Kemudian, setelah video telah diambil, kami perlu memuat naik dalam blog ini.

Marilah saksikan cara-cara saya membuat kalendar tu.....

Ehehehe




Alamak!!!! 😱😱😱😱😱

Terlebih tiga minit pula, jangan bosan untuk tonton ya. ehehe 😉

Semoga ilmu ini sangat bermanfaat untuk anda semua.

Terima kasih.




Tuesday, 13 November 2018

BBM3410/18: Terlalu berharga.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Ni nak habaq mai ni..


Setiap tugasan yang kita buat sudah semestinya ada markah kan?

Tapi apa yang lebih berharga dalam tugasan kami?

Nak tahu?

Nak?

Yang paling berharga adalah...........

Adalah............

A . D . A . L . A . H . . . . . . . . . .

LIKE dan KOMEN daripada Prof.

Sebab..........................

S . E . B . A . B . . . . . . . . . . . . .

Bila Prof. like atau komen, tu menandakan kami sudah dapat markah.

Fuhhhhh!!! setiap tugasan sentiasa menanti kot.

Melalui kaedah ini.......

Saya dan rakan-rakan bukan sahaja semakin erat dalam perhubungan, tetapi dengan Prof. juga.

Prof. dah la sempoi habis, kadang-kadang geram je tengok Prof. ni. aihhh... rasa nak cubit-cubit je pipi Prof. yang gebu tu.. uhuhuhuhu



Komen Prof. di blog saya.



Prof. like di Instagram




Prof. like dan komen di Instagram












Prof. like tugasan flatlay


Sekian sahaja untuk entri kali ini.

Bye semua. 👋




Monday, 12 November 2018

BBM3410/18: Aku tak nak wei... Serius!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Tugasan saya setiap minggu adalah:

Post dekat Instagram - 3 kali seminggu
Post dekat Blog - 3 kali seminggu
Post dekat Twitter - sekali seminggu

Yang sekali seminggu tu tak tahu kenapa payah sangat. Hurmm 😕

dannnnnnnnn....

Tak tahu kenapa, twitter memang tak boleh nak layan sangat.

Bila buka je, mesti terfikir "aku nak post apa ni?".

Jadi.....

Retweet dan like orang punya je la..

Tu je aku mampu.

Serius! Bukan aku tak nak..

Tapi tak tahu nak post apa..

Huhuhu.



Ni la twitter saya tak seberapa tu. Meh la singgah.

Terima kasih uolls.



BBM3410/18: Apa gila? Oh... Syinta Gila..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Kuliah multimedia hari ini, setiap kumpulan diminta untuk menyiarkan video One Shot yang telah dibuat tempoh hari.

Sembilan kumpulan akan siarkan video pada hari ini.


Perasaan malu, teruja, tak sabarnyaaaaa.... semua ada hari ini.

Huhuhuhu.


Macam-macam ragam video yang dipertontonkan, sampai ada yang terhibur tengok gelagat rakan masing-masing.


[Dup dap dup dap]

Tiba masa kumpulan kami untuk siarkan.. 👀

Video Syinta Gila

Kredit: Lagu Syinta Gila oleh Safiey Illias.


#JanganLupaSaksikan
#JanganLupaLike
#JanganLupaSubscribe
#TauTauTau


Kalau uooollss nak tahu, tadi Prof. cakap, kumpulan kami antara dua kumpulan yang menarik videonya. Yeeeaaaaayyyyy!!! Terima kasih Prof.
Terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan yang sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan video ini.


Views dan like semakin meningkat membuatkan kami bertambah teruja. 
Terima kasih semua.


Apa-apa pun kelas multimedia ni memang sempoi habis, enjoy gila kelas Prof. ni.

Ehehehe.

Jumpa lagi semua..

Terima kasih. 😍





Sunday, 11 November 2018

BBM3410/18: Amali oh amali..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hurmm...

Amali oh amali...

Kelas ada ke tak ni?

Riuh dalam Whatsapp kelas amali terpaksa diadakan sebab ada hashtag yang tidak mencukupi.

#Redha

Jadi...

Kelas amali kali ini, kami kena buat kalendar guna Adobe Photoshop sampai bulan lapan (Ogos). 

Fuhhh.... nasib baik buat dah. Tak ada la kelam-kabut sangat. Edit yang mana patut je la..

Ehehehe.



Kalendar sampai bulan 8 (Ogos). 

Isi dalamnya tak yah tengok la ye. 

Malu la. ehehehe


Jumpa lagi semua.

Terima kasih.



BBM3410/18: Dua saat?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Tik tok...

Tik tok...


Aihh.. bukan tiktok aplikasi tu...

Ni waktu......

Okay2...


Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi...

Terima whatsapp daripada group kelas, katanya prof masuk tv!

Wajib tengok ni.. Wuiisssshhhh..[Teruja]



"Maklum pelajar. Program al hijrah hari ni. 5 November. Lebih kurang jam 8.15 pagi"


Wuisssshhhh... pukul 8.15 pagi. sempat ke tak sempat ni? 

Harap tak terlepas la....


Fuhhhh!!! Selamat.....

Sempat juga akhirnya tengok Prof. tengok tv.


Famous, Glamour, hebat la Prof. kita sorg ni.. Bangga jadi anak didik Prof.


Haaaa.... Prof. korang ada????

Huhuhuhuhu.


Tapi....

Tapi....

Tapi...


Bukan sahaja tengok je tau, kami kena tangkap gambar Prof. lepas tu post dekat instagram dengan hashtag yang diberi. Famous dua saat Prof. dekat instagram saya. Eh, tak! Lebih dua saat.

Tapi.... saya tak kesah pun.. saya bangga!

Ehehehe...

Comel je muka Prof. dalam tv.

Berseri-seri Ashraf Muslim cakap.

Ehehe...

Tajuk yang dibincangkan adalah "Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan antara Kaum melalui Alam Siber".

Menarik juga tajuk ni..

Yang seronoknya, cara Prof. kongsikan maklumat dalam kelas dengan dalam tv sama wei. Serius sama.

Kalau nak tahu macam mana cara Prof. mengajar, macam tu la caranya.. sempoi, santai, dan lawak.

Serius penat gelak je dalam kelas Prof.

Terhibur aku!

Ahahahahaha..


Ni la Prof. kita 💓

Jumpa lagi kawan-kawan.

Terima kasih. 








Sunday, 4 November 2018

BBM3410/18: Aku okay, hang okay?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Aku okay, hang okay?

Haaaaaa....... 

Dapat tugasan baru masa cuti wei......

Ye... masa cuti.

CUTI! (penat aih ulang banyak kali)



Haaaaaa.......

Nak kelas hari Isnin ke, nak buat tugasan atas talian?

Haaaa... confirm, confirm la atas talian kan? 

AHAHAHAHA



Jadi.......

Kali ini, kami kena buat tanda "okay" macam ni 👌 lepas tu kena masukkan hashtag sekali.

Nak tahu apa hashtag yang Prof. suruh?


NAK?

NAK?

NAK?


Okay la..... kita beritahu!

Mesti buat macam ini, #SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline

Hashtag lain macam biasa! Yang atas ni je penting buat masa ni 👆

HUHUHUHU



Lepas tu, lepas tu, lepas tu....

Kena pastikan 80 orang yang post, maksudnya satu kelas la kena post!

Ye... SATU KELAS!!!



Haaaaa.... kena buat giteeeewwww!



Eh, eh, kenapa macam tak cukup je lagi sorang?

Lagi sorang tu pergi mobiliti, faham-faham je la ye.... 

HUHUHUHU

Alhamdulillah....... akhirnya hasrat kami terlaksana.

Prof. pun okay..... 

Yeeeeaaaayyyyy!!! tugasan secara atas talian.

Nah, tengok ni, tengok ni! 👉 Klik je. Bukan Virus. Huhuhu

AHAHAHAHA

Okay la....

Nak sambung lepak-lepak dekat rumah.

Jumpa lagi...

Bye! 👋





BBM3410/18: Cuti kot... Hurmm..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Cuti midsem bermula...

Tik tok tik tok...

Tugasan masa cuti? Ada ke?

Gila tak de, mesti la ada!

Tugasan kali ni, kena tangkap 10 keping gambar di kampung.

K AM P U N G ?

Weiiiii.... aku tak ada kampung! Macam mana ni?

Fikir punya fikir....

Jelajah kampung kawan seronok juga ni..

Dengan suasana kampung... Perrrrgggghhhh!!! tip top..

ROAD TO UTAGHA!!! Ahahahaha. JOM?

Gigih kot drive balik utara.

Nasib adik cuti, boleh la teman 😅

Ni la 10 gambar yang sudah dimuatkan dalam Instagram saya:




Bukan sahaja muat naik gitu-gitu je tau....

Kena sertakan:

1. Kapsyen
2.200Quotes
3. Hashtag

Haaaaa...... nak tau 👆, meh la singgah ig saya (atikahzainn)!

Jangan lupa follow dan like 💓 post saya tau tau tau...

Ini semua demi tugasan.

Ye.... TUGASAN!

Terima kasih semua..

Jumpa lagi..

Bye... 👋


BBM3410/18: Apa tuuuu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat satu video.... 😪

Nama video tu ONE SHOT!

Apa tuuuu?

Video ONE SHOT ni tak ada proses penyuntingan

Haaa.... semua set up sendiri....

Maksudnya dari tekan kamera, tekan lagu, aksi dan segala-galanya semua buat sendiri.

SENDIRI!

Nampak macam susah kan?

Tapi tak pun sebab buat dalam kumpulan...

Cuma pergerakan je la kena hafal sikit.

Eh, tak sikit laa.... boleh tahan la juga..

HUHUHUHU

Jadi, kumpulan kami pilih lagu.....

LAGU........ 👉👈

LAGU........ 👉👈

Safiey Illias - Syinta Gila!

Ohhhhhh!!! Wowwww...

Biar betul?

Ye... betul la tu...

Nak tengok Video?

Ahhhhhhhhh.... tak payah!!!

Malu kot...

HUHUHUHUHU

Gambar je la, okay? 😉👍


Kumpulan MAWAR



Jangan marah haaaaa...... nanti cepat tua!!

Ooopppsss! 🙊

HAHAHAHAHA

Okay la uoollllsss...

Jumpa lagi...

Byeeeeee!!

BBM3410/18: Adobe Photoshop!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

haaaa.... kali ni saya nak cerita tentang Adobe Photoshop ni haaa...

Image result for adobe photoshop cs6

Gambar pinjam Pakcik Google


Mesti korang pun pernah dengar, kan?

Nak cuba... Tapi..........

Mesti fikir dua tiga kali kan????

Ala ala ala ala.....

Alasan!!

Install je Adobe Photoshop ni dekat laptop korang...

Mesti berguna suatu hari nanti.

Tak pandai?

Tak apa....

Godek-godek je... InsyaAllah okay punya...

Haaaa.... korang ingat kita pandai sangat ke?

Kita pun godek-godek juga tau tau tau tau....

Demi tugasan dalam kelas Multimedia dalam Bahasa kali ni untuk buat kalendar meja....

Ku relakan segalanya...

Cewah!!!

Usaha tangga kejayaan guyssss!!

Jangan cepat berputus asa, tau tau tau....

Jumpa lagi...

Bye....

BBM3410/18: Simpulan Bahasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan,

Tugasan Mutimedia pada kali ini, kami dikehendaki memilih sebanyak 10 jenis simpulan bahasa.

Berdasarkan simpulan bahasa tersebut, kami dikehendaki untuk menangkap gambar yang menggambarkan simpulan bahasa tersebut.

Gaya dan ekspresi muka memainkan peranan yang penting dalam tugasan ini.

Kemudian, 

Kami ditugaskan untuk membuat Power Point berdasarkan gambar yang diambil. Lagu instrumental perlu diselitkan bersama dalam slaid ini. 

Slaid pertama, kami perlu menyertakan nama kumpulan, senarai nama, dan no. matrik. Senarai nama harus mengikut urutan no. matrik yang awal hingga yang akhir. 

Slaid kedua dan kesebelas, kami perlu melampirkan gambar tersebut beserta simpulan bahasa.

Slaid ke-12, iaitu slaid terakhir, kami perlu meletakkan "kredit" kepada semua yang terlibat. 

Tugasan ini mengajar kami untuk menghargai pensyarah, para pelakon yang terlibat, lagu instrumental yang dipilih (perlu kreditkan penyanyi dan syarikat), jurukamera, dan sebagainya.

Berikut merupakan gambar di sebalik tabir tugasan ini:



Puteri lilin


Dua sejoli





Sekian sahaja untuk entri kali ini.

Jumpa lagi....

Terima kasih semua




Wednesday, 24 October 2018

BBM3410/18: Bridesmaid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian,

Entri kali ini saya ingin kongsikan menjadi bridesmaid untuk sahabat saya, Siti Nuraliyah Nabilah binti Ismail.

Alhamdulillah... beliau telah selamat diijab kabulkan pada 18 Ogos 2018 bersama pasangan pilihan hatinya.

Malam berinai diadakan di Regalia Suites, Jalan Sultan Ismail.. Ala... yang viral tu..



Jangan tenung lama-lama kek tu ye. Bahaya! 😆



SEWAKTU MAJLIS




Sekian saja entri kali ini..

Terima kasih 😍



BBM3410/18: Budak Sains 3!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengumpul data budak sains 3! 😅

AHAHAHA.

Kali ini saya kumpul data Sam.

Siapa Sam?

Sam pergi mana?

Kenapa tak buat sendiri?

Mesti timbul tanda tanya kan?

UHUHUHU.

Sam, sakit.. dia perempuan tau, bukan lelaki!

Tu kami bantu kumpul data dia,

Data dia perlu dikumpul pada setiap hari. Memandangkan beliau tidak sihat, kami bantu lah dia.

Sam buat kajian di MARDI. Jadi, kami pergi la ke MARDI....



Sam buat kajian tentang Azolla SP.

Apa tu?

Spesis tumbuhan akuatik...



Kumpul data

Cuba korang teka, tu air apa?


HAAAAAA...

Air ikan? 

BUKAN!

Air hujan?

BUKAN!!!

Dah tu????

Air tahi ayam...

AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Tapi air dia, tak bau pun tahi ayam...

Tu kita okay je.. ahahaha


Okay laaa... kita jumpa di entri yang lain ye 😉

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri saya 😍


BBM3410/18: Budak Sains 2!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya akan sambung cerita tentang entri sebelum ini...

2. Nurul Aman Syazwani Amdan. Panggil Wani je..

Okay... tak nak cerita panjang!

Wani ni... dia buat kajian tentang Culture Algae. Algae? Bakteria tu?

Ye... bakteria 😅

Best juga kajian dia.. tapi dia buat kajian dalaman la.. maksudnya dalam lab.

Baru-baru ni, tolong dia susun benih bayam...

Halus gila kot..

Satu bekas diperlukan 10 benih bayam..

Haaa.... mcm ni la rupanya.



benih bayam


Sambil-sambil susun biji benih, sempat saya pusing-pusing dalam makmal... ehehehe 😎

Ternampak pula fetus lembu ni... Jadi, bergambar la kita! ahahahaha



Fetus lembu


Bersama fetus lembu


Wani dan saya 😍


Ehehehe. sekian sahaja untuk entri kali ini.

Terima kasih.

Tuesday, 16 October 2018

BBM3410/18: Budak sains?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Entri pada kali ini, saya ingin menceritakan tentang roommate saya.

Mereka mengambil jurusan Bacelor Sains (Kepujian) Major Biologi..

Ehehe.. hebat kot! Tak dapat tandingi mereka.

Ni saya nak cerita ni....

Baca tau, baca!

Kalau uollls nak tahu, saya selalu ikut dorang pergi lab untuk kumpul data.

Seronok gila, wei! Saya suka Sains, tetapi hajat tak kesampaian.

Ikut turun padang pun buat saya gembira.. Senyum sikit 😊


1. Nama diberi Nursyahirah Ahmad Damanhuri. Selalu panggil Syira je. Tapi baru-baru ni ada orang panggil dia ecah. ahahaha so cuba panggil dengan nama baru dia tu. ahahah.

Syira buat kajian tentang Vermicompost. Haaaaaa... mesti korang tertanya kan, apa benda tu?

Tu kajian tentang cacing... haaaa.. cacing! Ni kira kajian luar makmal la...

Best gila wei...

Boleh tengok tahi cacing.. rupa dia macam Chocolate Rice! Haaa.. bayangkan la...

Mesti tertanya-tanya, macam mana bela cacing? Cacing makan apa?

Haaaa.... cacing makan daun kering yang dah dikisar dan ditukar air beberapa kali..

Lepas tu bagi la cacing makan.. Gitewwww!!!



Membesar dengan baik cacing dia 😍



Masa ni, kami asingkan semut yang jahat nak gigit anak kesayangan dia (cacing) 😂

Macam mana asingkan semut? ala ala ala..... bukan kutip seekor2..

 Kutip je dengan pasir tu sekali..

Lepas tu buang... kan senang... Jangan risau, Tak membazir pun 😊


Nanti saya sambung seterusnya,

Tunggu tau!

Sekian.

Terima kasih membaca 😊


Monday, 15 October 2018

BBM341018: Alya Nabilah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Entri pada kali ini saya ingin kongsikan kenangan manis saya bersama sahabat.

Saya bersama Siti Nuraliyah Nabilah Ismail mula bersahabat sejak kami tingkatan 1 iaitu pada tahun 2008 hingga kini. Usia persahabatan sudah mencecah 10 tahun.

Alya merupakan sahabat saya waktu silat, hoki, larian bomba, larian 1 Malaysia, dan geng camping. Kalau merentas desa di sekolah mesti kami akan lawan untuk menang di antara 10 yang terbaik untuk menang pingat. Kata-kata dan semangat yang saya sering ungkapkan padanya terus buatkan dia berusaha hingga berjaya untuk menang. Kata-kata atlet 1500m mesti berkesan. cewah!!


Image may contain: 21 people, including Norfa'ezal Haron and Siti Nuratikah Mohd Zain, people smiling

Alya berada di hadapan saya 😉


Image may contain: 8 people

Ketika kami bertanding untuk olahraga (kami yang pakai tanjak tu. ehehe)


Pada 17 Mei 2017, kami dijemput untuk ditemuramah di RTM untuk silat yang kami sertai. Pada temu ramah tersebut, kami sudah sertai silat untuk tahun yang ke-8. Sedikit kebanggaan dalam diri kerana mampu bertahan untuk terus berjuang demi sukan yang kami minati.


Image may contain: 5 people, including Siti Nuratikah Mohd Zain, people sitting, table, screen and indoor

Bersama DJ Sonic


Image may contain: 2 people, including Siti Nuratikah Mohd Zain, people smiling, people standing

Bersama Alya, geng gaduh, geng sparing, dan segala geng. ahahaha


Image may contain: 8 people, including Siti Nuratikah Mohd Zain, people smiling

Larian bomba


Kalau anda semua nak tahu,

Kami juga sering lawan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, pernah suatu ketika, sekiranya saya mendapat tempat ke-4 dalam kelas, dia mesti ke-5, dan pernah juga saya dapat tempat ke-5, dia ke-4. Tapi, jangan tanya kenapa kami tidak pulun untuk tempat pertama dan kedua. ehehe kami tidak layak untuk itu. 

Pada tingkatan 4, kami mula berpecah kelas kerana saya ditempatkan di kelas Sains Sukan dan dia Geografi. Walau bagaimanapun, kami tidak berputus asa hingga persahabatan masih diteruskan hingga kini.

Kami bersama-sama sambung pelajaran tingkatan 6 dan ditempatkan dalam kelas yang sama.

Kini, saya melanjutkan pelajaran di UPM dan dia bersama kerjayanya.

Ika doakan hang sentiasa berjaya!



Alya...

Kalau baca ini, harap persahabatan kita sampai bila-bila..


Sekian,

Terima kasih.

Thursday, 11 October 2018

BBM3410/18: Candy Crush!

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin menceritakan tentang hobi saya...

Saya suka bermain game Candy Crush! Mesti ada tertanya-tanya kenapa Candy Crush? Tak perang-perang ke atau sebagainya? Ehehe... Saya suka main game yang menguji minda.. ehehe tapi Candy Crush ni hanya menguji minda macam mana nak menang sahaja. AHAHAHAHAHA!

Buat masa kini, saya sudah mencapai level sehingga 3292. Wwwooowwww!!!

AHAHAHA

Tidak la hebat mana pun.. kira lama juga saya mengambil masa untuk capai ke level ini.

Gigih kan saya?

Ini la bukti saya sudah mencapai level 3292:



Ehehehe... Jangan jealous ye... 😜

Sekian sahaja buat entri kali ini.

Semoga berjumpa lagi.

Terima kasih semua.